latihan industri??

Posted by under
Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi/syarikat yang berkaitan dengan bidang sains komputer dan teknologi maklumat dalam jangkamasa yang ditetapkan untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti.

Objektif LI/LP adalah untuk:
i) mendedahkan pelajar kepada suasana persekitaran dan kerja dalam
bidang masing-masing
ii) memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengalaman bekerja di
industri/organisasi berkaitan bidang masing-masing
iii) membantu pembelajaran pelajar seterusnya di universiti
iv) melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di
semua peringkat di tempat kerja
v) melatih pelajar menyediakan laporan teknikal berkaitan dengan LI/LP
yang dijalankan
vi) memupuk semangat bekerja secara berkumpulan
vii) menghayati nilai etika profesyen masing-masing
viii) mewujudkan jalinan hubungan universiti dengan industri

dari utm...

0 comments: