latihan industri?? 2

Posted by under
PENGENALAN  
Latihan Industri/latihan amali/praktikum bermaksud amalan yang dibimbing berdasarkan sesuatu teori atau ilmu yang dipelajari sebelumnya. Secara khusus Latihan Industri memberi makna pelajar universiti menjalani proses latihan di industri yang berkaitan, secara di luar suasana formal kelas bagi membentuk potensi pelajar bagi pasaran pekerjaan. Tujuan panduan ini adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar Universiti agar dapat menjalani program Latihan Industri yang lebih teratur dan berkesan. Menjalani Latihan Industri dianggap sebagai suatu pendedahan yang penting dan berguna bagi pelajar Universiti. Program Latihan Industri adalah merupakan kursus wajib yang telah disenaraikan di dalam kurikulum Universiti Malaysia Pahang dan perlu diikuti oleh setiap pelajar Diploma dan Sarjana Muda sebagai syarat untuk bergraduat.
MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI 
Menempatkan pelajar di industri/organisasi berkaitan bagi memberi pendedahan, pengalaman dan kemahiran profesional kepada pelajar dalam berbagai aspek Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian.  Melahirkan jurutera yang cekap, bertanggungjawab dan bersahsiah tinggi.
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif Latihan Industri ialah untuk :
­i)  Memberi pendedahan alam pekerjaan sebenar kepada pelajar sebelum mereka tamat pengajian. 
ii) Membuka ruang yang mencukupi kepada majikan di industri mengenali potensi pelajar UMP dan seterusnya menawarkan pekerjaan kepada pelajar sejurus tamat Latihan Industri.
iii) Mempraktik dan menghubungkan teori yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah sebenar melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aspek latihan seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek-projek.
iv)  Mendalami struktur organisasi industri tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam industri tersebut.
v) Membina sikap profesionalisme dan etika kerja yang berkualiti supaya dapat menjadi tenaga professional yang cekap, bermotivasi, dan bertanggungjawab.
SYARAT LULUS LATIHAN INDUSTRI 
Penyelia Universiti akan memperakukan status latihan yang dijalani oleh pelajar sama ada lulus (HL) atau gagal (HG) berdasarkan format penilaianl atihan industri yang telah ditetapkan. Markah minimum untuk lulus Latihan Industri adalah 50%. 


sumber, ump...

0 comments: