BANDARAYA GAZA: Helikopter Israel melancarkan serangan udara ke atas kawasan Hamas di selatan Semenanjung Gaza, awal hari ini tetapi tiada dilaporkan cedera setakat ini.

Helikopter pejuang melepaskan dua misil ke arah ibu pejabat Khan Yunis, pasukan keselamatan militan Islam Hamas yang menguasai Gaza.

Sebelum ini, bangunan terbabit diserang dan dimusnahkan tentera Israel ketika menyerang Gaza selama 22 hari.


"Serangan terbaru Israel itu sebagai tindak balas apabila dua mortar ditembak di sebelah selatan Israel, semalam," kata jurucakap tentera Israel.

Kumpulan militan Islam didakwa sudah melepaskan 40 roket dan mortar ke arah Israel sejak Israel menerima pelan gencatan senjata. - AFP
http://www.bharian.com.my/
WASHINGTON: Dua satelit di ruang angkasa yang terletak ratusan kilometer dari bumi berlanggar, memusnahkan satelit komersial Iridium yang menyebabkan banyak rangkaian perkhidmatan komunikasi terputus.

Bethesda, syarikat yang berpangkalan di Maryland berkata, pihaknya kehilangan satelit berkenaan, semalam selepas ia bertembung dengan sebuah satelit Russia - yang dianggap pelanggaran besar pertama di ruang angkasa.

“Ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku kerana satelit Iridium direka bentuk khas bagi mengelak kejadian seperti ini menimpa," kata syarikat itu.


Syarikat itu kini sedang mengambil tindakan segera untuk menggantikan satelit terbabit dengan satelit gantian yang berada di orbit.

Satelit Iridium kendalian swasta itu mempunyai 66 rangkaian komunikasi dan kemalangan itu dianggap syarikat itu bukannya membabitkan kegagalan teknologi syarikat itu. - AFP

40-25

Posted by under
team ragbi ump baru sahaja mengadakan friendly dengan bomba kuantan(secara oficial).. dan dengan ini, dengan banganya kami membawa balik kemenangan untuk ump walaupun bermain tanpa ref sebenar... secara amnya taktikal kami menjadi sehingga dapat melakukan satu try dalam masa seminit yang pertama... walau bagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki contohnya nokon n mistacle(kesilapan dak skola).. perlawanan ini merupakan persiapan pasukan untuk menyertai segamat open pada 21-22 feb ini dan juga untuk melihat pesefahaman pasukan menjelang masum.. diharapkan lebih banyak kejayaan yang dapat dicapai oleh pasukan ragbi ump...
ump-shark..

mb baru..?

Posted by under
hari ini satu majlis angkat sumpah mb baru di perak telah diadakan... tetapi ada pihak yang mendakwa bahawa majlis angkat sumpah itu tidak sah walaupun dengan pekenan sultan. hal ini kerana status menteri besar perak masih lagi sah dipegang oleh dato' seri nizar mengikut undang-undang. didalam pelembagaan status menteri besar hanya boleh ditarik balik jika menteri besar tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen dan undi tidak percaya diusulkan.. walaubagaimanapun apa sahaja perkembangan terbaru di perak diharapkan tidak mengugat keselamatan awam dan semoga perkara ini dapat diselesaikan secara aman.. kepada menteri besar perak yang baru tahniah diucapkan jika pelantikan belia adalah sah dan kepada bekas menteri besar perak dato' seri nizar, semoga kejayaan menanti anda dimasa hadapan...

Allah akan bersama mereka yang menegakkan agamaNya dan memusnahkan mereka yang menentang agamaNya..

israel kembali..

Posted by under


baitulmaqdis- israel kembali menganas, kali ini 3 kanak2 perempuan menjadi mangsa bedilan kereta kebal idf mereka.. alasan mereka kali ini ialah... mereka sangkakan kanak2 tersebut adalah pengintip hamas..

ump dan ipta di malaysia..

Posted by under
ump merupakan university yang baru ditubuhkan dan baru dinaiktarafkan menjadi university darpada status kolej university.. jadi menjadi perkara biasa jika ump berada di bawah daripada rating yang dikeluarkan.. tetapi ingin dingatkan kembali bahawa ump bukanlah seperti unversity lain kerana ump adalah university berteraskan engineering dan technology, dan di malaysia selain university teknology malaysia(utm) tiada university besar(lama) lain yang menawarkan pelbagai kursus engineering n tecnology..
dan jika dibandingkan dengan university lain, cara p&p juga berlainan.. jika di university lain, teory adalah asas kepada pembelajaran mereka dan ini adalah bertentangan dengan cara pembelajaran di ump yang tidak menekankan teory semata2... sebaliknya teory dan latihan amali menjadi teras kepada cara pembelajaran disini...

ump tercorot?

Posted by under
pada 2/2/2009 satu majlis amanat canselor telah diadakan di komplks sukan ump..
dan semasa program itu berjalan, pelbagai nasihat telah diberikan oleh naib canselor(nc).. kemudian, pada 4/2/2009 seluruh warga ump telah dikejut kan dengan keratan akhbar utusan yg mengatakan ump hampir tercorot.. tidak dpat dinafikan riaksi yg berbeza-beza telah diberikan terutamanya warga ump yang menghadiri majlis tersebut...
pada majlis tersebut, apa yang cuba disampaikan oleh nc adalah bertentangan sekali dengan aper yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut... tetapi oleh disebabkan kekurangan integrity oleh editor n pengarang isu itu telah ditukrkan daripada sesuatu yamg membina kepada satu perkara yang membunuh... disebabkan keratan akhbar tersebut, kini seluruh bekas pelajar dan pelajar ump akan mengalami risiko tidak diterima oleh majikan lebih2 lagi sekarang ini dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi... tidak dinafikan keratan akhbar tersebut telah memberikan persepsi negative kpada seluruh warga ump dan secara tidak langsung telah membunuh masa depan pelajar2 yang menyambung pelajaran di ump... bagimanapula dengan pelajar2 yang baru menamat kan stpm, diploma dan spm? sudah tentu mereka akan berfikir panjang untuk memasuki ump...

p/s: patut la terdapat sesetengah pihak yang memboikot akhbar tersebut...


AHLI Parlimen Iran menyambut ketibaan Khaled Mashaal (tengah) di Teheran, semalam.



TEHERAN: Pemimpin politik tertinggi Hamas menyanjung sokongan kuat Iran ketika serangan Zionis ke atas Semenanjung Gaza baru-baru ini dan menyifatkan negara berkenaan sebagai rakan gandingan dalam memperoleh kemenangan terhadap Israel.

Lawatan Khaled Mashaal ke Teheran menunjukkan hubungan rapat kumpulan terbabit dengan Iran.

Bagaimanapun sokongan kewangan negara itu kepada kumpulan militan Palestin terbabit akan terjejas beberapa bulan akan datang berikutan Republik Islam itu sendiri berdepan masalah kewangan berikutan kejatuhan harga minyak.


Lawatan Mashaal adalah yang pertama sejak Israel melancarkan serangan selama 22 hari lewat Disember lalu bertujuan menghentikan serangan roket Hamas terhadap selatan Israel.

Pertempuran itu mengorbankan hampir 1,300 penduduk Palestin, kata pihak berkuasa Gaza selain 13 penduduk Israel.

Israel dan Amerika Syarikat mendakwa Iran membekalkan senjata kepada Hamas termasuk roket. Teheran bagaimanapun menafi-kan dakwaan itu dengan menyatakan mereka hanya membiayai kewangan Hamas dipercayai berjumlah beratus-ratus juta dolar.
Dana berkenaan membantu membiayai Hamas yang berada dalam sekatan yang dilaksanakan Israel dan Mesir terhadap Gaza sejak militia berkenaan berkuasa pada 2007.

Mashaal yang tinggal dalam buangan di Syria berkata, Teheran memainkan peranan besar dalam membantu Hamas ketika serangan Israel dengan sokongan kewangan dan moral. - AP

comment...
di maner pemimpin arab yang lain???

Kronologi politik di Perak

Posted by under
Kronologi politik di Perak


KUALA LUMPUR: Berikut kronologi politik di Perak sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu sehingga hari ini:

9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dari Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.


19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Ogos 2008: Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tudahan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta.

Mahkamah tetap 10, 11 dan 12 Feb 2009 sebagai tarikh perbicaraan.
25 Jan 2009: Adun Bota dari Umno, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

26 Jan 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada Umno akan mengikut jejak Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR.

28 Jan 2009: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan satu gerakan massa perlu dijalankan bagi mendesak Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

29 Jan 2009: MT Umno menerima peletakan jawatan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta-merta.

30 Jan 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota Exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai BN.

1 Feb 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat Adun daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai BN.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua Adun dari PKR yang “hilang” sejak 26 Jan supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada jam 5.45 petang.

Kedua-dua ADUN PKR menafikan meletakkan jawatan, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi Adun PKR yang tidak bertarikh bahawa jika mereka keluar parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

2 Feb 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat mengadap itu.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar daripada PKR.

Seorang pegawai kepada Jamaluddin Mohd Radzi memberitahu media di Sepang bahawa wakil rakyat itu masih ahli PKR.

Seorang kenalan Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu menafikan peletakan jawatan Adun itu pada sidang akhbar di Shah Alam.

3 Feb 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N59) serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menganggap dirinya sebagai wakil rakyat Bebas selepas PKR menghantar surat peletakan jawatannya sebagai Adun kepada Speaker DUN Perak V Sivakumar.

Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memberi tempoh 48 jam kepada SPR supaya mengkaji semula keputusan tidak mengadakan pilihan raya kecil.

4 Feb 2009: 1 tengah hari - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijadualkan mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman penting.

1.30 tengah hari - Mohammad Nizar menangguhkan sidang akhbar tanpa memberi sebab.

2 petang - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak akan mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil.

3 petang - Mohamad Nizar membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta merta sebelum memohon perkenan Sultan.

3.50 petang - Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4.35 petang - Empat Adun Perak iaitu Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu, Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

5 petang - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti.

BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

5.55 petang - Mohammad Nizar yang mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda. - Bernama

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090204204234/Article/index_html

x paham...

Posted by under
perkembangan politik skang mmg memeningkn...
lagi2 dkat perak... kalu pilihanraye baru diaderkn, huru-hare malaysia jadinyer...
kalu tukar krajaan cam2 jer mesti ader pihak yg x puas ati.. lelagi kat perak ni majoriyinyer orng cina...
haighhhh...
aper2 hal pon lets wait n see...
hope nothing bad will epen...

tukar last minute

Posted by under
asal laaa lecture bleh tukar topik assignment last min..
geram tol...
pas2 kne present mingu depan lak...
tension2....

kpade cordinator technical writhing...
plz give us some space...

starting

Posted by under
allo,
this is my 1st post 4 dis blog..
so, help me up...