BANDARAYA GAZA: Helikopter Israel melancarkan serangan udara ke atas kawasan Hamas di selatan Semenanjung Gaza, awal hari ini tetapi tiada dilaporkan cedera setakat ini.

Helikopter pejuang melepaskan dua misil ke arah ibu pejabat Khan Yunis, pasukan keselamatan militan Islam Hamas yang menguasai Gaza.

Sebelum ini, bangunan terbabit diserang dan dimusnahkan tentera Israel ketika menyerang Gaza selama 22 hari.


"Serangan terbaru Israel itu sebagai tindak balas apabila dua mortar ditembak di sebelah selatan Israel, semalam," kata jurucakap tentera Israel.

Kumpulan militan Islam didakwa sudah melepaskan 40 roket dan mortar ke arah Israel sejak Israel menerima pelan gencatan senjata. - AFP
http://www.bharian.com.my/

1 comments:

On February 18, 2009 at 1:42 AM , Anonymous said...

ni berita harian punye portal ke?!
wartawan ke?
lah
baik bace kat berita harian jer