politik vs ekonomi

Posted by under
akhir-akhir ini rakyat malaysia kelihatan semakin matang dengan politik. orang ramai semakin pandai memberi komen tentang perkembangan politik semasa. tampa mengira kaum, asal usul, tempat tinggal dan tanah kelahiran dimana sahaja perkembangan semasa kini menjadi buah mulut masyarakat setempat. tidak dnafikan perkembangan ini merupakan perkembangan positif dan amat diperlukan bagi menjamin kemajuan negara. namun sedarkah kita masalah politik ini telah menenggelamkan satu isu yang lebih penting? mampukah negara ini membangun dengan kemajuan politik semata-mata? dunia ketika ini kalut menghadapi krisis kejatuhan ekonomi dan malaysia termasuk antara negara yang menerima kesan. walaubagaimanapun, isu politik telah menanamkan isu ini sehinggakan jarang-jarang keluar di dada akhbar. jangan sampai isu ekonomi ini menjadi parah dan sukar diatasi baru dibincangkan, kerana ketika itu sudah terlambat dan orang yang paling terasa tekanannya tentulah kita rakyat yang sederhana...