update LI UMP...

Posted by under
MECHAPRO,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN ABDUL RAZAK
26300,GAMBANG
KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

L.I untuk pelajar tahun 2 akan mengikut perancangan seperti biasa iaitu pada semester terakhir.semester 8 selama 6 bulan.Ini adalah hasil perbincangan dengan timbalan dekan sebentar tadi.

Pelajar tahun 1 batch 09/10 akan menggunapakai sistem LI yang baru seperti yang diberi tahu dalam perjumpaan tahun 2 hari isnin yang lalu.

disini saya menyeru kepada pelajar tahun 2 supaya sentiasa peka tentang isu semasa seperti isu LI dan sebagainya supaya kita tidak mudah ditindas dan dipergunakan..

terima kasih kepada semua kerana telah bersusah payah menpertahankan hak kita.Dan saya sebagai wakil Mechapro berharap pelajar FKM tidak memandang serong terhadap Mechapro.Kerana kami cuba memperjuangkan hak kita semua.Jangan dengar khabar angin,kalau boleh tanyalah kami sendiri.

sekian terima kasih,
MOHD HAZWAN SYAFIQ BIN HARUN
WAKIL TAHUN 2 BMM.
0179691066

latihan industri?? 2

Posted by under
PENGENALAN  
Latihan Industri/latihan amali/praktikum bermaksud amalan yang dibimbing berdasarkan sesuatu teori atau ilmu yang dipelajari sebelumnya. Secara khusus Latihan Industri memberi makna pelajar universiti menjalani proses latihan di industri yang berkaitan, secara di luar suasana formal kelas bagi membentuk potensi pelajar bagi pasaran pekerjaan. Tujuan panduan ini adalah untuk memberikan panduan kepada pelajar Universiti agar dapat menjalani program Latihan Industri yang lebih teratur dan berkesan. Menjalani Latihan Industri dianggap sebagai suatu pendedahan yang penting dan berguna bagi pelajar Universiti. Program Latihan Industri adalah merupakan kursus wajib yang telah disenaraikan di dalam kurikulum Universiti Malaysia Pahang dan perlu diikuti oleh setiap pelajar Diploma dan Sarjana Muda sebagai syarat untuk bergraduat.
MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI 
Menempatkan pelajar di industri/organisasi berkaitan bagi memberi pendedahan, pengalaman dan kemahiran profesional kepada pelajar dalam berbagai aspek Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian.  Melahirkan jurutera yang cekap, bertanggungjawab dan bersahsiah tinggi.
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif Latihan Industri ialah untuk :
­i)  Memberi pendedahan alam pekerjaan sebenar kepada pelajar sebelum mereka tamat pengajian. 
ii) Membuka ruang yang mencukupi kepada majikan di industri mengenali potensi pelajar UMP dan seterusnya menawarkan pekerjaan kepada pelajar sejurus tamat Latihan Industri.
iii) Mempraktik dan menghubungkan teori yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah sebenar melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aspek latihan seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek-projek.
iv)  Mendalami struktur organisasi industri tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam industri tersebut.
v) Membina sikap profesionalisme dan etika kerja yang berkualiti supaya dapat menjadi tenaga professional yang cekap, bermotivasi, dan bertanggungjawab.
SYARAT LULUS LATIHAN INDUSTRI 
Penyelia Universiti akan memperakukan status latihan yang dijalani oleh pelajar sama ada lulus (HL) atau gagal (HG) berdasarkan format penilaianl atihan industri yang telah ditetapkan. Markah minimum untuk lulus Latihan Industri adalah 50%. 


sumber, ump...

latihan industri??

Posted by under
Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi/syarikat yang berkaitan dengan bidang sains komputer dan teknologi maklumat dalam jangkamasa yang ditetapkan untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti.

Objektif LI/LP adalah untuk:
i) mendedahkan pelajar kepada suasana persekitaran dan kerja dalam
bidang masing-masing
ii) memberi peluang kepada pelajar memperolehi pengalaman bekerja di
industri/organisasi berkaitan bidang masing-masing
iii) membantu pembelajaran pelajar seterusnya di universiti
iv) melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di
semua peringkat di tempat kerja
v) melatih pelajar menyediakan laporan teknikal berkaitan dengan LI/LP
yang dijalankan
vi) memupuk semangat bekerja secara berkumpulan
vii) menghayati nilai etika profesyen masing-masing
viii) mewujudkan jalinan hubungan universiti dengan industri

dari utm...

osha

Posted by under
baru selesai buat report osha... subject paling boring n bosan n bla 7x... hahaaa.. esok present...
hahahaa.. jana...

exam

Posted by under
hallo0o..
da lame x update blog.. hurm.. buzy laa skarang ni.. terlalu banyak assignment, project n report tuk disiapkan.(kebanyakannye aku x terlibat secara rasmi, thanx 2 my group mmbr). tambah2 lagi da dekat nak exam.. ok la, nak study selepas tido.. skang ni nak tido dulu.. hahahaaa...

aeidil

Posted by under

selamat hari raye aidil fitry, maaf zahir batin..