dalam blog gerabak mekanikal terdapat posting berkenaan calon yg bertanding dalm prk ump mewakili pelajar fkm bagi calon umum. jadi aku pon berasa sngt panas dgn posting dan komen dia terhadap kasalahan dia.. jadi aku menegur dia dgn mengomen di posting tersebut.. berikut aku sertakan poting yg diambil dari blog grabak mekanikal..
Ini apa yg kami terima dan sempat 'kutip' statement terbaru beliau sebelom posting ini di DELETE...
baca dan nilaikan......
Goyahnya Mereka
Sedarkah bahawa dalam negara kita ni ada banyak jenis manusia dan antara jenis yang ada adalah manusia yang terlalu taksub dengan sesuatu ataupun seseorang. Memang ada. Siapa kata tak ada.
Baru-baru ni, ada sesuatu kejadian yang melanda diriku. Aku tak akan menganggapnya sesuatu yang malang kerana ini disebabkan oleh corak pemikiran mereka yang masih belum matang. Bagi aku, aku tak takut dengan apa-apa selagi aku masih membawa kepada kebenaran dan kebenaran itu nyata terserlah malah tidak dapat disorok lagi. Bak kata pepatah, seperti bangkai gajah disorok di bawah nyiru.
Kejadian yang baru berlaku ini adalah sesuatu yang sememangnya amat menggugat hubungan aku dengan kawan-kawan aku yang sedia ada dan hubungan aku dengan insan-insan lain yang baru aku kenali.
Jika pernah sesiapa membaca sebelum ini, aku pernah mengeluarkan sebuah entri yang bertajuk "Doa Baik vs Doa Jahat" yang melibatkan komen aku kepada tindakan Nik Aziz yang mendoakan bala kepada Dato' Seri Najib. Apa yang aku lontarkan hanyalah komen-komen semata-mata dan komen yang aku lontarkan bukanlah semata-mata komen kosong tanpa kajian.
Malangnya, ada segelintir yang membacanya (aku percaya sangat taksub kepada Nik Aziz) telah menghebahkan bahawa aku telah menghina ulama. Aku pun pelik dengan tuduhan tersebut yang amat sempit pemikiran mereka. Pada dasarnya, aku tidakpun mengeluarkan kata-kata menghina denga kata-kata kesat dan sebagainya. Malah, aku lebih menggunakan medium kritikan dalam entri tersebut. Malangnya, pihak yang membaca itu tidak menilai penulisan aku itu dengan kematangan, tetapi dengan emosi.
Bagi aku, manusia yang tidak boleh menrerima kritikan adalah manusia yang tak akan maju sampai bila-bila. Apakah kritikan itu amat hina di pandangan manusia sehinggakan satu kritikan itu menyebabkan seseorang yang mengkritik dihina dan dicaci?
Aku agak sedih dengan situasi ini. Jika benarlah mereka ini mengamalkan ajaran Islam, dan jika benar mereka ini benar-benar Islam, mereka tidak akan mencaci, menghina dan mengherdik dengan kata-kata kesat kepadaku. Oh, ya! Aku lupa, mereka diajar mencarut kan suatu ketika dahulu? Bagaimana boleh aku lupa? Yang gurunya mengajar bahawa Allah juga mencarut?
Bagi aku, Islam mengajar umatnya untuk bertindak dengan akal, bukannya emosi. Namun apa yang berlaku sekarag ialah aku diserang dengan teruk oleh golongan-golongan yang bertindak dengan emosi kebencian yang membuak-buak. Aku tak menafikan ada golongan yang mengkritik dan menegur aku semula dengan cara berhemah dan matang, namun jika aku kirakan nisbahnya hanya 1:15 sahaja.
Aku juga dikatakan dengan negeri Kelantan. Aku tak berkata apa-apa pun tentang negeri Kelantan dalam entri tersebut. Aku hanya menyentuh hal doa tersebut sahaja. Kemudian juga ada yang mula memfitnah aku dengan pelbagai fitnah. Ada yang menyatakan aku sesat dan sebagainya. Inikah mentaliti masyarakat kita? Masih meletakkan kematangan mereka di celah kelengkang masing-masing?
Sepatutnya mereka sedar bahawa ulama kini tak semuanya tulen. Ada juga yang terpesong dan ada yang benar-benar ulama. Ulama tak semestinya berada di dalam jubah setiap masa. Ada juga ulama yang berada dalam pakaian kasual seperti orang lain. Cuma kita tak tahu mana satu ulama yang benar, mana satu yang tidak. Aku tak menyatakan Nik Aziz itu ulama palsu tetapi apa yang mahu aku ketengahkan di sini ulama juga bisa melakukan kesalahan dan kesilapan. Malah jika ada kesilapan dan kesalahan itu mendatangkan dosa, maka berdosa jugalah mereka. Mereka tidak maksum dan tidak terlepas dengan dosa-dosa di dunia.
Aku tak menyalahkan pemimpin itu seratus peratus tetapi masalah utamanya ialah penyokong ataupun pengikut pemimpin tersebut. Apabila benar pemimpin tersebut, mereka soraklah benar. Kalau salah pemimpin tersebut, masihlah mereka bersorak benar. Ketaksuban dan kejumudan mengakibatkan mereka anggap status yang ada pada pemimpin itu terlalu tinggi. Inilah berlakunya pendewaan pemimpin atau istilah yang digunakan oleh bangsa barat ialah deification. Mereka sudah menganggap pemimpin yang mereka sanjung itu amat tidak berdosa seperti dewa mahupun bidadari (god and goddess). Tidakkah mengambil selipar seseorang pemimpin itu semata-mata untuk mendapat berkat dari selipar yang pernah dipakainya itu adalah syirik? Mengapa boleh dia membenarkan perkara ini berlaku? Yang sepatutnya, ditegur kepada orang tersebut bahawa mengharapkan berkat dari pakaian, makanan, mahupun asesori yang pernah digunakan oleh seseorang itu syirik dan adalah lebih baik jika pemimpin itu mendoakan kebaikan terhadap insan tersebut.
Apa yang aku tulis ini bukanlah aku mengkritik sebelah pihak sahaja malah sebelah pihak yang lagi satu juga berlaku. Antara contoh yang berlaku adalah berkenaan dengan pengikut Khairi Jamaludin dengan penyokong Mukhriz Mahathir. Mereka terlalu menganggap kedua-duanyalah yang paling betul dan menyebabkan organisasi mereka berpecah belah.
Betapa goyahnya mereka. Mentaliti masih lagi lemah. Tak mahu menerima kritikan. Sekali kita kritik, dikatakan pula kita menghina. Lalu kita pula dicaci dan dihina oleh mereka.
Sampai bila kita mahu begini? Tak berani menghadapi kenyataan? Kalau begitu, sampai bilakah kita akan menjadi lemah dan tidak mahu membaiki diri malah masih mahu memfitnah?
Wallahualam.
*****
Nota Kaki:
1. Teringat pula kisah aku diserang dengan penyokong-penyokong parti pembangkang yang menyatakan aku ini sudah sesat dari ajaran Islam. Masya-Allah.
2. Tak sangka ramai 'penyorak' menyorak memberikan 'sokongan' kepada aku malam tadi. Alhamdulillah, Allah mengajar aku untuk menghadapi situasi begini dalam usia muda agar aku lebih bersedia ketika dewasa nanti.
18 Comments
Close this window Jump to comment form