virus H1N1
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.
virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko
1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
day 1 – rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….
day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan
1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.
Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.
Beza H1N1 & Influenza A
Influenza A ini virusnya..H1N1 ini penyakitnya. Ada pelbagai penyakit lagi yg disebabkan Influenza A virus ini, termasuk H5N1, H3N2..dan macam2 lagi. yg menjadi 2009 outbreak ini, dipanggil ‘H1N1 2009′ atau swine flu. Dulu ada bnyk outbreak lagi, yg paling dasyat was ’spanish flu-1918-1919′ pandermik
Rawatan
Jika anda ada direct contact dengan pesakit H1N1 atau anda demam,sakit tekak, selsema…pergi panel klinik biasa, dapatkan rawatan DAN DAPATKAN SURAT REFERAL KE HOSPITAL AMPANG PUTERI. Doktor klinik swasta akan terus beri punya…tak bnyk soal. Dekat Ampang Puteri, pergi emergency & dapatkan ‘rapid test’. Prosedur yg dilakukan ialah dia gunakan putik kapas & jolok ikut hidung…ambil sampel & uji (dlm masa sejam dua..result dah keluar)..kalau positif Influenza A..maka anda akan diberikan rawatan ‘Tamiflu’. Kalau anda tak sakit teruk, maka doktor akan suroh ’self-kuarantin’ di rumah ajer..maksudnya anda ada H1N1 tahap satu, tapi boleh dirawat dengan Tamiflu sahaja.Jika anda beransur pulih maka, antibodi anda kuat & anda bebas H1N1.
TAPI INGAT, rapid test tadi tidak akan beritahu anda ada H1N1 atau tidak..
Jika keadaan kesihatan anda tidak berubah atau makin teruk..pergi balik ke Ampang Puteri & terus ambil full test H1N1. Satu putik kapas panjang akan dimasukkan dlm tekak anda-dalam sehingga anda nak muntah..sampelnya diambil…result hanya akan diketahui selepas 3 hari. Jika anda positif H1N1, rawatan anti viral akan dibuat kepada anda & anda akan dikuarantin di hospital. Pada masa menunggu ni lah..yg bnyk kes kematian, terutamanya yg ada risiko obes, darah tinggi, pregnant, diabetes, baby & budak kecil, dll..so tak silap aku..kumpulan risiko ini akan terus dpt anti -viral
Mengapa tidak full test H1N1 & anti viral terus dibuat?
Yg saya tahu..sebab test H1N1 ini mahal harganya..jadi Kementerian kata, setakat anda Influenza A ajer, memadailah ‘rapid test’ yg jauh lebih murah.
Mengapa tak anti viral terus? yg saya tahu..kalau anda tidak ada H1N1 & anda menjalani anti viral….ia akan memudaratkan sistem pertahanan badan semulajadi..jadi jika anda ada influenza A, Tamiflu pun dah cukup. Tapi aku rasa anti-viral nih tak cukup…nak cover semua penduduk dunia..
Best Regards,
Nor Hisham Ngadimin
Structural Engineer
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.
"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.
Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.
"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.
Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.
"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA
xpe, menteri kate jangan panik... rileks sudah... hahahaaa... aku pon nak jadi menteri laa...
Lutut lemah petanda cedera
Mungkin disebabkan koyakan ligamen, perlukan rawatan segera
KECEDERAAN pada ligamen anterior krusiat (ACL) memang perkara biasa dialami kebanyakan orang dan aktiviti sukan terbukti antara penyumbang utama kepada kecederaan ini.
Selalunya ia ditandai dengan bunyi 'pop' dan diikuti lutut yang membengkak. Bagaimanapun, tanpa rawatan anda masih boleh berjalan dan mengerjakan solat. Cuma, lutut akan sering sakit, berbunyi dan kadang kala seakan 'tersangkut.'
Misalnya, jika anda seorang ahli sukan profesional, kecederaan ACL memerlukan pembedahan segera. Bagaimanapun, jika anda hanya bersukan sekadar untuk mengisi masa dan masih boleh berjalan, berlari anak dan mengerjakan solat selepas kecederaan ACL, pembedahan bukanlah satu keutamaan. Malah bagi pesakit bukan ahli sukan profesional, ada cara lain menguruskan kecederaan ACL.
Menguruskan kecederaan ACL tanpa pembedahan juga boleh dilakukan.
1) Jika seseorang itu mengalami sedikit koyakan ligamen tanpa simptom yang menunjukkan lutut tidak stabil.
2) Koyakan yang banyak tetapi tiada simptom ketidakstabilan lutut ketika aktiviti sukan ringan.
3) Kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran .
Pakar bedah ortopedik dan trauma, Hospital Pantai Ampang, Dr Ezlan Merican, berkata, secara umumnya, ketiadaan ligamen ACL akan menyebabkan lutut sering terpelecuk kerana tidak stabil.
Ada kala jika kecederaan itu serius (seperti mengganggu pergerakan ketika solat) ia akan membawa kepada kehausan dan kerosakan selaput rawan atau mungkin koyakan pada struktur meniskus. Kerosakan yang lebih teruk membawa kepada situasi separa kecemasan seperti lutut 'terkunci' (lock knee). Semua keadaan ini, bagaimanapun memerlukan pembedahan.
Dr Ezlan berkata, sebaik saja mengalami kecederaan ACL, rawatan terawal ialah merehatkan sendi, kemudian letak ais bagi mengurangkan sakit dan bengkak. Lutut yang cedera dibalut dan kaki diluruskan tetapi jangan diletakkan di paras lantai. Kemudian, bawa pesakit berjumpa doktor untuk rawatan terperinci.
"Jika kecederaan tidak serius dan pembedahan bukanlah pilihan utama, rawatan fisioterapi yang intensif membantu mengurangkan bengkak. Ia juga membantu mengekalkan kekuatan otot paha, mengelakkan ia mengecil dan lemah. Fisioterapi juga membantu menguatkan pergerakan sendi lutut," katanya.
Dr Ezlan berkata, tanpa pembedahan, seseorang itu masih boleh menjalani kehidupan harian tetapi tidak boleh bersukan dan aktif seperti dulu. Kecederaan pada ACL juga menyebabkan mereka perlu berhati-hati ketika kegiatan bersukan atau bersenam.
Aktiviti sukan lasak seperti sepak takraw, bola sepak, bola tampar atau aktiviti yang memerlukan seseorang itu memusingkan badan, melakukan lompatan dan membuat larian memintas juga perlu dielakkan.
"Jika seseorang itu ingin terus giat bersukan, pembedahan gantian ligamen ACL perlu dipertimbangkan supaya lutut kembali stabil dan tidak terpelecuk," katanya.
Ini kerana, selepas beberapa tahun kekerapan lutut terpelecuk menyebabkan ia membengkak dan kesakitan menjadi kronik. Ia menyebabkan pesakit tidak dapat lagi berjalan jauh, berdiri lama, menaiki tangga atau mengerjakan solat dalam keadaan yang normal. Lutut semakin terjejas jika berat badan juga meningkat.
Jika lutut semakin tidak stabil dan menjejaskan aktiviti harian, doktor akan menyarankan anda menjalani pembedahan pembinaan semula ACL.
Bolehkah ligamen ACL yang tercedera atau putus sembuh dengan sendirinya?
Struktur ligamen ACL terkoyak dan terputus menyebabkan pendarahan di dalam lutut. Keadaan ini mendatangkan rasa sakit dan bengkak. Lutut yang bengkak dipenuhi darah.
Berbeza dengan kecederaan ligamen lain, ligamen ACL yang koyak dan terputus tidak berupaya untuk sembuh sendiri. Tanpa ACL, lutut akan mudah terkehel atau terpelecuk dengan sendiri. Jadi, anda mungkin akan terjatuh dengan tiba-tiba kerana hilang kestabilan.
Simptom kecederaan ACL
Simptom awal
- Bunyi 'pop' ketika kecederaan terjadi
- Lutut bengkak dalam tempoh enam jam sebaik saja kecederaan terjadi
- Rasa sakit
Simptom akhir
- Arthritis
- Sendi lutut tidak stabil
INFO: Rawatan yang boleh dilakukan di tempat kejadian
- REST - merehatkan sendi
- ICE - meletakkan ais pada sendi untuk mengurangkan sakit dan bengkak
- COMPRESSION - menggunakan balutan
- Elevation - meluruskan lutut supaya tidak diletakkan di paras lantai
Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.
"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.
"Saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera."
Hari ini, dua bayi berusia dua bulan dan seorang remaja menjadi sebahagian perangkaan terbaru korban wabak daripada lima kes - jumlah keseluruhannya 56 kes.
Dr Mohd Ismail menambah, kadar penularan influenza A (H1N1) dalam masyarakat adalah tinggi dan perkembangan ini dapat dilihat daripada jumlah semakin ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.
Susulan itu, beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang bersimptom jangkitan influenza, agar mengambil tindakan berikut:
Pertama, mereka yang bersimptom selepas menerima rawatan hendaklah berehat di rumah jika tidak dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Pergerakan pesakit bersimptom ke tempat awam atau tempat kerja akan menambahkan kes penularan dalam komuniti.
Mereka yang bersimptom mudah menularkan jangkitan kepada individu yang sihat yang berada dekat dengan mereka sama ada melalui batuk, bersin atau sentuhan cecair batuk/bersin.
Kedua, di sekolah atau tempat kerja, individu yang bersimptom influenza dinasihati agar segera mendapatkan rawatan dan berehat di rumah sehingga sembuh.
Mereka dinasihati agar tidak bekerja atau datang ke sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A (H1N1).
Guru besar atau ketua tempat kerja hendaklah melakukan saringan harian bagi memastikan individu yang bersimptom tidak meneruskan bekerja atau menghadiri kelas.
Jika terdapat kes dari saringan tersebut, mereka hendaklan dirujuk ke hospital atau klinik.
Ketiga, semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan ini agar tidak menggangu aktiviti pembelajaran di sekolah.